KOLEJ TINGKATAN 6 SARATOK

Selamat mengunjungi laman sesawang Kolej Tingkatan 6 Saratok.

Kolej Tingkatan 6 Saratok adalah nama baharu bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Saratok 2. Kolej ini telah beroperasi secara rasmi pada 28hb September 2015. Ketika itu, seramai 41 orang staf akademik daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Saratok yang mempunyai aliran tingkatan 6 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kalaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia Saratok telah ditawarkan untuk mengajar di Kolej ini.

Lawatan Penanda Aras Kumpulan Kepimpinan Pelajar KTE Saratok Ke Bandar Raya Kuching Tahun 2017

Pada 22 sehingga 24 Ogos 2017, Kumpulan Kepimpinan Pelajar Kolej Tingkatan Enam Saratok (KTES) yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti, Ketua dan Penolong kelas, dan Ketua dan Penolong Asrama telah mengadakan lawatan ke bandar raya Kuching. 

 

Imej: 

Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Daerah Saratok

Kolej Tingkatan 6 Saratok telah berjaya mengelolakan Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Daerah Saratok buat kali yang ke-2 pada 10hb Ogos 2017. Sebanyak 6 buah sekolah menegah yang mempunyai tingkatan enam dan sebuah kolej telah mengambil bahagian dalam 5 jenis sukan yang ditandingkan. Antara jenis-jenis sukan yang ditandingkan ialah Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring dan Futsal. Selain daripada Kolej Tingkatan Enam Saratok yang menghantar dua pasukan iaitu KETS A dan KTES B, sekolah-sekolah lain hanya menghatar satu pasukan sahaja.

Permohonan UPUonline Sesi Akademik 2017-2018

Untuk maklumat lanjut sila klik website Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej Tingkatan Enam Saratok

 https://bimbingandankaunseling-ktes.blogspot.my/

Imej: 

Staff Akademik 2016

Kolej Tingkatan 6 Saratok mempunyai 44 tenaga pengajar yang berpengalaman.

Blog Bimbingan dan Kaunseling Kolej Tingkatan 6 Saratok

smileyBlog ini telah diuji dan akan dikendalikan oleh Pn. Sarasota.

Unit Bimbingan dan Kaunseling di Kolej Tingkatan Enam Saratok ditubuhkan pada 31 Mac 2016.

Imej: 
Error Loading. Please try again.
Subscribe to KOLEJ TINGKATAN 6 SARATOK RSS