Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Daerah Saratok

Kolej Tingkatan 6 Saratok telah berjaya mengelolakan Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Daerah Saratok buat kali yang ke-2 pada 10hb Ogos 2017. Sebanyak 6 buah sekolah menegah yang mempunyai tingkatan enam dan sebuah kolej telah mengambil bahagian dalam 5 jenis sukan yang ditandingkan. Antara jenis-jenis sukan yang ditandingkan ialah Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring dan Futsal. Selain daripada Kolej Tingkatan Enam Saratok yang menghantar dua pasukan iaitu KETS A dan KTES B, sekolah-sekolah lain hanya menghatar satu pasukan sahaja.

Karnival Sukan ini telah dimulakan seawal jam 7.00 pagi dan berjaya ditamatkan sebelum jam 4.00 petang pada hari yang sama. Keputusan pertandingan rasmi adalah seperti berikut.

 

Pasukan                                              Kedudukan

KTES A                                                      2

KTES B                                                      1

SMK Agama Saratok                              3

SMK St. Augustine, Betong                   4

SMK DP Kedit                                          6

SMK Pusa                                                 8

SMK Spaoh                                               7

SMK Saribas                                             5

 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan dan semua sekolah yang menyertai Karnival Sukan kali ini dan syabas diucapkan kepada pasukan yang menang. Menang dan kalah adalah tradisi dalam sesuatu pertandingan. Kepada pasukan yang kalah, jangan berputus asa, diharap dapat berjumpa lagi dalam Karnival Sukan tahun akan datang.