KOLEJ TINGKATAN 6 SARATOK

Selamat mengunjungi laman sesawang Kolej Tingkatan 6 Saratok.

Kolej Tingkatan 6 Saratok adalah nama baharu bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Saratok 2. Kolej ini telah beroperasi secara rasmi pada 28hb September 2015. Ketika itu, seramai 41 orang staf akademik daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Saratok yang mempunyai aliran tingkatan 6 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kalaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia Saratok telah ditawarkan untuk mengajar di Kolej ini.