Perutusan Pengetua Kolej

Asalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak “Fly Kemyalang Fly, Fly High”.

Pertama sekali kita memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya maka Kolej Tingkatan 6 Saratok berjaya menghasilkan laman webnya sendiri pada tahun ini. Sebetulnya kita baru sahaja menyambut Ulang Tahun Pertama Kolej pada 28 September 2016 yang baru lalu. Tahniah.

Di dalam usia yang begitu muda dengan komitmen tinggi semua, kita berjaya menghasilkan laman sesawang yang akan menjadi pemangkin kejayaan seterusnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Ketua Bidang Kemanusiaan, Encik Liew Kim Jam serta pasukannya kerana berusaha keras bagi memastikan Laman Sesawang ini Berjaya direalisasikan kejayaannya. Bukan mudah jika tanpa pengorbanan. Tahniah.

Tidak ada yang mustahil.

Kepada semua warga Kolej Tingkatan 6 Saratok, bersama kita mengambil kesempatan ini untuk menyumbang idea untuk penambaikan laman sesawang ini.

Kita amat berharap agar semua rakan guru dapat menggunakan laman web ini sebagai jambatan untuk menyampaikan maklumat kepada anak pelajar. Kita juga berharap agar laman sesawang ini akan manjadi satu daripada elemen media elektronik yang akan dapat membantu anak-anak pelajar untuk mendapatkan maklumat terutamanya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dan sedang berlaku di sekolah.

Kita sentiasa berharap agar dengan adanya laman sesawang sekolah ini, banyak maklumat terkini secara atas talian akan dapat disampaikan dengan cepat dan terkini. Kita berharap juga dengan lahirnya laman web ini, kerjasama lebih rapat akan dihasilkan di antara semua rakan pensyarah untuk bersama menyumbangkan maklumat dan info penting yang boleh dikongsi bersama oleh warga kolej.

Akhir kalam, tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah membantu secara langsung dan juga secara tidak langsung dalam menghasilkan laman sesawang KOLEJ TINGKATAN 6 SARATOK ini.

 

Terima Kasih.

Wassalam.

 

LEADING BY EXAMPLE